Delta Blues
Delta Blues

Delta Blues

Delta blues atau blues Delta ialah satu daripada gaya muzik blues terawal. Gaya ini berasal dari Delta Mississippi, satu wilayah Amerika Syarikat yang dibatasi oleh negeri Tennessee di utara hingga ke negeri Mississippi di selatan, negeri Arkansas di sebelah barat dan Sungai Yazoo di sebelah timur. Delta Mississippi masyhur kerana kesuburan tanahnya dan juga kerana tahap kemiskinan. Alat muzik yang sering digunakan ialah gitar, harmonika dan gitar cigar box (gitar kotak cerut). Gitar slaid (atau steel guitar) merupakan penanda gaya ini. Gaya nyanyian pula merangkumi gaya introspektif dan penuh perasaan hingga ke gaya penuh semangat dan berkobar-kobar. Blues Delta juga dianggap sebagai satu daripada variasi kewilayahan country blues.